TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

November 13, 2017

TEORI PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF (TRIZ) BAGI MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Dapatan kursus DSKP Tingkatan 2 yang telah dihadiri.

Diharapkan dengan perkongsian ilmu ini dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang TRIZ.
Penceramah : Dr TEE



  • Prinsip TRIZ ada 40....dlm buku teks kita dedahkan 7 pemisahan ruang dan 7 pemisahan masa....14 saja yg pelajar f2 kena tahu...sebab apa 14 saja? Sebabnya 14 ni yg difikirkan paling sesuai dgn tahap pemikiran pelajar menengah rendah.....tapi....kalau pelajar nk yg advance....boleh saja kita bagi yg 40 perinsip tu....katalah pelajar nk aplikasikan penyelesaian TRIZ utk projek projek yg lebih tinggi teknologinya....yg memerlukan teori teori fizik,kimia,bio...tkpe....kita boleh sarankan perinsip perinsip penyelesaian yg sesuai merujuk kpd 40 perinsip yg ada....tk salah walaupun tk perlu sebenarnya

  • Kaedah penyelesaian masalah yg dibincang hanyalah berkait dgn pemisahan ruang dan pemisahan masa sahaja....jgn lebih lebih

  • Formula kaedah pemisahan 
  • keywordnya : Adakah percanggahan yg wujud berlaku dlm masa yg sama?

  • Kalau jawapan YA ....maka penyelesaian Pemisahan Ruang yg dipilih

  • Kalau jawapan TIDAK.....maka penyelesaian Pemisahan Masa yang perlu dipilih

  • Penyelesaian masalah kaedah jadual matriks tidak dibincangkan dlm silibus f2. Kaedah matriks ni memperkenalkan 39 parameter....tinggi sangat levelnya....f2 sekadar bincang masalah masalah simple....satu parameter sahaja...cukup . Contoh pisau tumpul...parameter tumpul saja la kita fokus....so...penyelesaiannya asah tajam... settle....bukan inventif la

  • Kalau masalah inventif MESTI ada percanggahan....tu syarat utama masalah inventif
  • contoh: meja la.... pelajar yg rendah dan tinggi....meja yang boleh menyelesaikan masalah adalah meja yang kakinya ada percanggahan tinggi DAN rendah....dalam masa yg sama meja tu kita nk kakinya tinggi dan rendah....maka terhasillah meja yg kakinya boleh adjust ketinggian....tu la namanya masalah inventif...ada percanggahan....kalau tkde percanggahan...jadi la masalah bukan inventif....

  • Meja yg tk dapat menampung beban 1000 kg....kaki meja patah
  • Kita nk meja yg berat dan ringan.
  • Ada percanggahan berat dan ringan di sini.....
  • Bila ada percanggahan ....confirm la masalah inventif
  • Berat sebab nk meja lebih kukuh untuk menampung lebih banyak buku( 1000kg )....nk lebih kukuh kita beratkan meja....tukar ja kayu kpd kaki besi...mmg la berat sbb besi...tapi lebih kukuh.....buku 1000kg dah tkde masalah...
  • Tapi.....dah jadi berat la pulak...dulu boleh ja angkat meja tu sorang-sorang.....bila dah jadi berat .....meja tu hanya boleh dipindahkan dgn tenaga 4 orang....meja asal ringan dah jadi berat....ringan jadi berat dah ada percanggahan....tu la namanya inventif...tak selesai lagi masalah....kita nk meja tu kekal ringan walaupun guna kaki besi...benda berat nk jadikan ringan(ringan maksudnya senang dialihkankan walaupun dgn tenaga sorang.....tk perlu 4 orang)....so...kitapun buat keputusan nk meja yg berat DAN ringan dlm masa yg sama
  • Senang saja....pasang roda....bila dah ada roda....sorang ja dah tkde masalah alihkan meja tu....so masalah selesai

  • meja yg dilanggar pelajar.....pelajar tu manusia....bukan sistem.
  • Sistem tu ialah produk yg berfungsi.....dalam TRIZ....penyelesaian masalah tidak melibatkan faktor luar. Pelajar bukan sebahagian dari komponen meja....so pelajar bukan masalah...abaikan. 

  • TRIZ boleh mendatangkan keuntungan berjuta!!!! Sbb tu ilmu TRIZ sangat mahal dari segi bayarannya....Banyak syarikat syarikat besar dah menggunakan TRIZ ni untuk selesaikan masalah mereka...Boing,NASA,Microsoft,samsung....banyak lagi.....cuma org tak tahu...dirahsiakan...mmg terbukti dah....bila syarikat syarikat mula mengamalkan TRIZ....mereka dapat menyelamatkan berjuta juta rm ....bila masalah dpt diselesaikan.....so...apa sangat nk bayar yuran rm10K utk melengkapkan level TRIZ....sedangkan manfaatnya mereka dapat selesaikan masalah yg selama ini telah mengakibatkan kerugian berjuta....industri sangat memandang tinggi penyelesaian masalah TRIZ....mereka sanggup menghantar pegawai pegawai mereka utk berkursus TRIZ....tk kesah bayaran yg mahal....sebab bagi syarikat syarikat koperat besar....apa sangat setakat nk bayar TRIZ rm10,000 ke rm20,000 ke...sedangkan mereka dapat semula penjimatan dan keuntungan berjuta juta ! TRIZ mmg mahal....sbb tu nk dapat sijil level 1 kena bayar rm500 perhead.....rm500 ni utk kita jer....mytriz bagi diskaun sbb kita bukan koperat....kalau koperat level satu ni dah rm1000 perhead....naik level lagi mahal la.....dah main puluh ribu.....inilah TRIZ

  • Kaedah penyelesaian TRIZ sangat sistematik sebenarnya....
  • Katakan....satu mesin (kita sebut produk@sistem).. ...
  • Katakan sistem ni ada masalah....setiap kali sistem ni beroperasi....akan keluar asap putih....asap putih tk sepatutnya keluar....bila dah keluar asap putih...tu namanya masalah....

  • so...dlm TRIZ....kita kena senaraikan semua komponen yg terlibat dalam sistem tu....tu yg kita katakan analisis fungsi....senarai semua komponen dan buat analisis

  • Katakan sistem tadi ada 300 komponen....Dlm TRIZ....kita senaraikan kesemua 300 komponen tu....buat analisis satu persatu....akhirnya kita akan dapat jawapan....komponen mana yg benar benar bermasalah...katakan masalah yg kita dapat kesan pada komponen 168.....rupanya komponen 168 haus jer.....murah jer....rm20 hinggit jer(sekadar contoh la:grin:).....so....penyelesaiannya....tukar ja komponen 168 tu....settle masalah

  • Jika masalah berasap berlaku lagi....kita dah tahu...mesti berpunca dari komponen 168:grin:

  • Penyelesaian TRIZ bukan berkaitan kejuruteraan saja...semua ada...management...marketing...apa saja masalah satu satu organisasi boleh diselesaikan dgn TRIZ....tapi guna kaedah khusus yg lain la....banyak level TRIZ ni....lagi tinggi levelnya....lagi mudah dan lagi pelbagai kaedah penyelesaiannya.....dlm TRIZ....walaupun kita nk ke level 10 sbb kita nk kaedah penyelesaian yg lebih mudah dan lebih efisyen....tak boleh aaa...nk langkah langkah level mmg tk boleh....sbb kita nanti akan langgar perinsip TRIZ sbb tk faham.....so...nk naik level bayar la...tu yg mencecah puluhan ribu utk lengkapkn level TRIZ ni....TRIZ mmg ilmu yg mahal









PRINSIP INVENTIF


Selepas kaedah pemisah ruang atau masa ditentukan, pilih prinsip inventif yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah inventif yang dihadapi.


KAEDAH PEMISAHAN RUANG (7 PRINSIP INVENTIF)

1. Pembahagian / pemetakan / segmentasi - segmentation

  • membahagikan objek kepada beberapa bahagian kecil
  • menjadikan objek mudah dileraikan
  • meningkatkan darjah kebolehbahian
  • perubahan ke perngkat lebih kecil

    Contoh :
    Perabot yang dijual menggunakan konsep DIY (Do-It-Yourself)

2. Pengekstrakan - Taking Out or Extraction

  • memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan gangguan kepada objek

    Contoh :
    Pemisahan unit pendingin hawa dalam dan di luar bangunan supaya bunyi 
    bising dan haba panas dapat diasingkan

3. Kualiti Setempat - Local Quality

  • mengubah struktur objek dan pengaruh luaran daripada seragam menjadi tidak seragam
  • menjadikan setiap bahagian objek memenuhi fungsi berbeza yang berguna

    Contoh :
    (a) struktur - bekas menyimpan makanan pelbagai petak berbeza
    (b) pelbagai fungsi - tukul kuku kambing
struktur


pelbagai fungsi
pelbagai fungsi


4. Penyarangan - Nested Doll

  • Meletakkan atau memasukkan satu objek ke dalam satu objek yang sama tapi saiz berlainan.

    Contoh :
    Antenna radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan.




antenna radio

5. Filem Nipis dan Cengkerang - Flexible Shells and Thin Films

  • Membalut, melapik atau membungkus objek menggunakan lapisan filem nipis dan cengkerang boleh lentur

    Contoh :
    Beg plastik, pembalut plastik, contoh : tinted kereta

6. Pengantara - Intermediary

  • Mengadakan bahagian baharu antara dua objek
  • Menggunakan objek atau proses pengantara
  • mencantumkan dua objek secara sementara

    Contoh : 
    sarung tangan ketuhar menjadi pengantara antara tangan dan objek panas
sarung tangan ketuhar

7. Tidak Simetri - Asymetry

  • mengubah bentuk satu objek daripada simetri menjadi tidak simetri

    Contoh :
    Menukar bilangan bilah kipas siling dari 4 menjadi 3 agar tidak simetri.
kipas 3 bilah

kipas 5 bilah


KAEDAH PEMISAHAN MASA (7 PRINSIP INVENTIF)

1. Kedinamikan - Dynamization

  • memecahkan satu objek kepada bahagian kecil yang boleh bergerak
  • Mengubah sesuatu bahagian objek daripada tidak bergerak kepada bahagian yang bergerak dan sebaliknya

    Contoh : 
meja 8 kerusi
pengubahan bahagian tengah
meja 4 kerusi... 2 kerusi lagi diketepikan

2. Tindakan awal - Prelimenary action

  • melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko

    Contoh :
kedudukan airbag dalam kereta

airbag berfungsi semasa hentaman

3. Tindakan berkala - Periodic action

  • menukar tindakan berterusan kepada tindakan berkala

    Contoh :
malam

siang

4. Tindakan keterlaluan - Partial or excessive

  • jika tindakan tidak berhasil, lakukan tindakan yang sama tetapi secara berlebihan atau berkurangan agar dapat memudahkan penyelesaian.

    Contoh :
donut ditabur gula mengikut kadar kemanisan yang dikehendaki

5. Pengembangan terma - Thermal expansion

  • menggunakan prinsip terma (pengembangan atau pengecutan) terhadap sesuatu bahan.

    Contoh :
thermostat used in cooling systems of internal combustion engines.

6. Pembuangan dan pemulihan - Discarding and recovering

  • membuang bahagian yang telah menjalankan fungsinya

    Contoh :
kapsul ubat yang boleh larut

7. Tindakan berterusan yang berfaedah - Continuity of useful action

  • menjalankan sesuatu kerja secara berterusan

     Contoh :
mesin pelelas





************************************************************
LINK INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MERUJUK PRINSIP INVENTIF 


KLIK LINK INI : PRINSIP INVENTIF

sumber : https://www.ideaconnection.com/interviews/00353-Inventive-Principles-Illustrated-Part-1.html












2 comments:

Anonymous said...

cpatla siapkan

BlueCat said...

Penjelasan yang bagus dan mudah untuk memahami. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...