TITIPAN CIKGU NORLIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya hanyalah seorang hamba Allah swt yang sering melakukan kesilapan, tetapi sangat bersungguh membangunkan blog ini untuk mengumpul pelbagai koleksi bahan kegunaan diri saya sendiri dan Perkongsian Ilmu sahaja.

Mohon jutaan kemaafan jika kandungan dalam blog ini tidak lengkap, tidak memenuhi kehendak pengguna, menyukarkan serta merugikan sesiapa sehingga mengalami gangguan emosi.

Walaubagaimanapun, bahan di sini ada yang percuma serta dan ada juga yang berbayar kerana ia juga melibatkan kos-kos seperti kos upah, bil elektrik, telefon dan internet. Mohon dihalalkan dan doakan saya sihat sejahtera agar dapat menyumbang bahan yang berkualiti dan boleh dikongsikan bersama.


Pastikan kita mendapatkan keberkatan ilmu dan tidak dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti.

Hubungi saya melalui email sahaja.
norliza.jais@yes.my

July 29, 2013

Peperiksaan percubaan PMR 2013

Semoga kalian dapat menempuhi ujian ini dengan penuh semangat. Good luck.

July 24, 2013

PENGURUSAN PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Entri kali ini saya ingin menceritakan pengalaman menyediakan  pelupusn Aset Alih Kerajaan.

Semua barang yang dilupuskan dikategorikan sebagai inventori yang telah rosak, selain berusia lebih 17 tahun. Inventori ini kebanyakannya rosak kerana pecah, karat dan sebagainya.


1. Langkah pertama ialah mengisi borang KEW.PA - 17 iaitu Laporan Lembaga pemeriksa Aset Alih Kerajaan

Borang ini akan dihantar ke Jabatan untuk kelulusan.

 
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013) from norlizajais

2. Setelah diluluskan, Jabatan Pelajaran akan menghantar semula borang KEW.PA - 17, untuk tindakan selanjutnya.

Pihak sekolah akan menyemak dan menyediakan beberapa salinan lain untuk dikemukakan kepada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset, Jabatan. Perkara tersebut ialah :

  1. Salinan Borang Laporan Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-17) yang telah diluluskan - 1 salinan.
  2. Salinan Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih (KEW. PA-18) - 1 salinan
  3. Salinan Sijil Pelupusan Aset Alih (KEW. PA-19) - 1 salinan 
 * Jika cara pelupusan yang disyorkan ialah "Jualan".. maka resit perlu disertakan.

surat pelupusan aset alih kerajaan





Kew[1].pa 19 (sijil pelupusan aset alih) - tv2013 from norlizajais


CONTOH KEW.PA-18 DAN KEW. PA-19 UNTUK RUJUKAN.


Semoga bahan ini dapat dimanfaatkan




:) salam ramadhan..
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...