TITIPAN CIKGU NORLIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya hanyalah seorang hamba Allah swt yang sering melakukan kesilapan, tetapi sangat bersungguh membangunkan blog ini untuk mengumpul pelbagai koleksi bahan kegunaan diri saya sendiri dan Perkongsian Ilmu sahaja.

Mohon jutaan kemaafan jika kandungan dalam blog ini tidak lengkap, tidak memenuhi kehendak pengguna, menyukarkan serta merugikan sesiapa sehingga mengalami gangguan emosi.

Walaubagaimanapun, bahan di sini ada yang percuma serta dan ada juga yang berbayar kerana ia juga melibatkan kos-kos seperti kos upah, bil elektrik, telefon dan internet. Mohon dihalalkan dan doakan saya sihat sejahtera agar dapat menyumbang bahan yang berkualiti dan boleh dikongsikan bersama.


Pastikan kita mendapatkan keberkatan ilmu dan tidak dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti.

Hubungi saya melalui email sahaja.
norliza.jais@yes.my

January 30, 2011

Latihan Interaktif : Percubaan KHB Tahun 2006

Sila klik pada Link di bawah ini untuk mendapatkan latihan interaktif..

Bagaimana cara menggunakannya?
1. Klik pada LATIHAN 1.
2. Ia akan memaparkan sebuah web hot potatoes.
3. Baca dulu soalan kemudian pilih jawapan
4. Untuk ke soalan seterusnya.. pilih next.
5. Selesaikan semua soalan.
6. Lihatlah berapa markah yang kamu dapat !

LATIHAN 1

untuk mendapatkan latihan lain.. cuba klik pada alamat ini ONLINE EDUCATION

SELAMAT MENCUBA..

January 26, 2011

Bila bersuara...

Sudah hampir 4 minggu persekolahan bagi tahun 2011 berlalu. Banyak juga perkara yang terjadi dalam tempoh ni. Ada yang baru.. dan ada juga yang berulang. Itulah yang berlaku.. penatnya.. ingatkan makin lama kerja akan jadi lebih mudah.. tapi, banyak juga yang agak payah dan membebankan. Itulah harga yang perlu diterima oleh seorang yang bergelar guru..

Bukan merungut atau tidak ikhlas, namun penat tidak berbayar dengan kepuasan bila kerja yang dilakukan tidak dihargai dan ada juga yang mempertikaikan apa yang telah dilakukan..Merungut atau mengeluh bukanlah sesuatu yang menarik untuk jajakan.. tapi, apalah salahnya jika kita tahu menghargai orang lain dan sentiasa memberi kerjasama.

Bila melihat rakan bermotivasi.. rasa berbersemangat tersemat dalam jiwa.. Bila melihat ada rakan suka beri alasan, sentiasa berprasangka dan memberi perkhabaran kurang menyenangkan.. maka, terganggu juga iman. Adakah ini umpama lalang?

Bila bersuara sedikit, mungkin ada hati yang akan tersentuh.. tapi apa nak buat jika itu satu kenyataan. Mungkin agak kasar  tapi itulah hakikatnya. Bila terlalu menjaga hati orang lain, kemungkinannya dia tak menghargai pun apa yang kita lalukan.. akhirnya berterus-teranglah... mungkin itu lebih baik.
Tapi terimalah akibatnya.. bila bersuara dengan berterus terang.. padanlah muka...

ingatan untuk diri sendiri...2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...