TITIPAN CIKGU NORLIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya hanyalah seorang hamba Allah swt yang sering melakukan kesilapan, tetapi sangat bersungguh membangunkan blog ini untuk mengumpul pelbagai koleksi bahan kegunaan diri saya sendiri dan Perkongsian Ilmu sahaja.

Mohon jutaan kemaafan jika kandungan dalam blog ini tidak lengkap, tidak memenuhi kehendak pengguna, menyukarkan serta merugikan sesiapa sehingga mengalami gangguan emosi.

Walaubagaimanapun, bahan di sini ada yang percuma serta dan ada juga yang berbayar kerana ia juga melibatkan kos-kos seperti kos upah, bil elektrik, telefon dan internet. Mohon dihalalkan dan doakan saya sihat sejahtera agar dapat menyumbang bahan yang berkualiti dan boleh dikongsikan bersama.


Pastikan kita mendapatkan keberkatan ilmu dan tidak dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti.

Hubungi saya melalui email sahaja.
norliza.jais@yes.my

January 01, 2017

Tahun Baru 2017 dan ETR/KPI PT3 2017

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog ini. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

*********************

Setiap awal tahun, kita akan menetapkan target / KPI / sasaran yang ingin dicapai terhadap semua perancangan. KPI ini perlu dirancang dengan teliti supaya ia tidak membebankan dan ada cara atau / program yang sesuai untuk dilaksanakan.

Di bawah ialah langkah KPI / ETR bagi bidang kurikulum (mata pelajaran KHB- semua pilihan)

Pertama :

Mendapatkan senarai murid T2 dan markah. Dapatkan peratus kenaikan yang munasabah, sesuai dengan ETR.

Kedua :

Dapatkan ETR - GPS (Gred Purata Sekolah) yang disasarkan. Ini bertujuan supaya Target yang akan dibuat selaras dengan semua mata pelajaran lain.

Target PT3  tahun 2017 di sekolah saya ialah 2.7

Bersambung....

Terima kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...