Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

January 02, 2017

RPH : MINGGU 1 (3/1/2017 - 6/1/2017)

Jadual waktu persendirian telah diterima pada bulan November 2016. Tempoh cuti akhir tahun memberi ruang dan masa untuk cikgu merancang aktiviti atau program yang sesuai untuk P&P sepanjang tahun 2017.

Sejak 2014, saya mula menggunakan lembaran kerja untuk memudahkan perlaksanaan P&P. Setiap tahun ia ditambah baik sehingga saya dapat membukukan Modul Pembelajaran ini.



Bahan Bantu Belajar : MODUL PEMBELAJARAN KHB-ERT TINGKATAN 3
DAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN KHB-ERT TING 3

Murid yang telah siap bolehlah menyiapkan EBOOK SANTAI MINDA 
ATAU
sesekali cubalah PdP Abad ke 21 (INTERAKTIF SANTAI MINDA)

(PREVIEW bahan ada di sebelah kanan blog ini) -->




Rancangan Pengajaran Harian (Minggu 1)


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pada Tarikh : 03/01/2017 (SELASA)                                                                                                       MINGGU    :           1
Nama Guru : NORLIZA BINTI JAIS

Tingkatan 3 : KEMAHIRAN HIDUP (EKONOMI RUMAH TANGGA) (3 D)
Waktu
:
3-4 (8.50 pagi – 10.10 pagi) – 80 minit
Topik
:
REKACIPTA
Terperinci
:
HASIL PEMBELAJARAN :
a. Pengenalpastian masalah
Aras 1
• Mengenal pasti masalah
• Mengumpul maklumat dan data
• Menganalisis maklumat
• Menyenaraikan pebagai idea penyelesaian masalah

AKTIVITI PEMBELAJARAN :
1. Murid melengkapkan modul pembelajaran KHB muka surat 4 hingga 6 melalui perbincangan dan merujuk buku teks. Penggunaan peta pemikiran (
peta bulatan, peta alir dan peta buih)
2. Melengkapkan  REKACIPTA : REKAAN SAYA (Dalam modul)
    i- Pengenalpastian masalah
    ii- Mengumpul maklumat dan data
    iii- Menyenaraikan idea penyelesaian melalui lakaran berlabel.

PBS (Merujuk PPPM) :
1. Penerangan Format PBS Tingkatan 3 dan penggunaan Modul i-Think

BAHAN BANTU BELAJAR :
1. Modul Pembelajaran KHB-ERT muka surat 4-6
2. Kertas mahjong untuk i-Think.
3. Projek contoh - REKACIPTA
Kerja Rumah
:
Melengkapkan Modul Pembelajaran KHB muka surat 7 dan 8
Refleksi
:













No comments: