TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

September 19, 2015

Lawatan penandaarasan ke SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara

Pada 17.9.2015, PPD Kuala Langat telah menganjurkan satu lawatan GKMP Teknik & Vokasional dan GKMP Sains dan Matematik ke SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara. Diketuai oleh Encik Zaki, pegawai di PPD Kuala Langat, kami mengunjungi sekolah ini untuk melihat suasana pembelajaran abad ke-21 (21st Century Learning)
Tepat jam 9.30 pagi, berada di SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara. Ruang legar utama menempatkan skrin TV yang memaparkan profil sekolah dan maklumat-maklumat akademik untuk ditonton oleh murid-murid sekolah ini sebelum memulakan pembelajaran
Skrin besar dalam bilik mesyuarat memaparkan profil sekolah dan info program hari ini
Puan Hajah Omme Kalthom binti Md Sharif (Pengetua), menjelaskan perkembangan pembelajaran abad ke-21 di sekolah harian .
Suasana pusat sumber yang menempatkan keperluan ICT untuk pembelajaran


Suasana sekolah yang sangat bersih, damai dan ceria
Banner perasmian kelas rintis untuk program ini.
Bahan bantu belajar di susun di belakang kelas. Kelihatan kelengkapan ICT diletakkan di sudut ini untuk memudahkan pelajar mencari maklumat semasa sesi pembelajaran
Papan kenyataan yang sangat ceria dan dipenuhi info pembelajaran semasa
Sesi menemuramah murid tingkatan 1.
GKMP Teknik dan Vokasional di daerah ini bersama guru yang mengiringi kami sepanjang program berlangsung

Alhamdulillah, terima kasih tuan rumah yang menjamu kami dengan sarapan pagi setibanya di sini. Lawatan ini dapat menambah ilmu dan pengalaman saya untuk digunakan di sekolah sendiri nanti.

Antara perkara penting yang dipelajari :

1. Pemimpin yang berpengetahuan, bertanggungjawab, bersemangat dan berdedikasi.
2. Kemudahan sedia ada digunakan sebaiknya. Kebanyakan yang ada hasil kerjasama PIBG.
3. Kerjasama padu dari semua guru.

Tahniah SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara... semoga terus cemerlang.. Terima kasih untuk lawatan ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...