TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

June 14, 2015

PPPB DAN PBPPP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

***************

Minum Petang Bersama SUB BPPK, KPM

Bersama ini saya sertakan surat jemputan untuk menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Tuan SUB BPPK atas tajuk Mesyuarat Bersama Pentadbir Media Sosial berkaitan PBPPP.

Majlis ini di jadualkan seperti berikut:

Tarikh    :               11 Jun 2015
Masa     :               3.30 petang
Tempat   :               Café@PICC Putrajaya.


***************
Dari kiri : En. Kamaruzzaman , En. Mokhzani, Puan Ruslina dan Puan Norliza Jais
Perbincangan Santai bersama SUB BPPK dan panel-panel BPPK
Pertemuan yang tidak disangka ini sebenarnya satu penghargaan kepada diri saya kerana terpilih dalam kalangan bloger untuk bersama bos-bos besar Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) ini. Asalnya, penubuhan blog ini hanya sekadar perkongsian ilmu dalam kalangan guru-guru KHB dan murid-murid saya berkaitan bahan bantu belajar sahaja. Namun, atas kepercayaan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, saya diamanahkan untuk menyampaikan beberapa isu berkaitan PPPB dan PBPPP ini.

Saya hanya seorang guru biasa dan akan melaksanakan apa jua dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebagai pelaksana, tugas ini perlu dilakukan dengan amanah dan dedikasi. Dan saya pasti, semua guru juga begitu dan amat prihatin dengan tugas yang diberikan dan akan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Antara pengisian perbincangan ini ialah :

1. PERBEZAAN ANTARA PBPPP  DAN PPPB  

PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah :
Konsep Berasaskan Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Menggantikan LNPT.

PPPB - Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan yang berkaitan pembelajaran kendiri dalam menambah ilmu seterusnya menjana kualiti guru dan pemimpin sekolah.

- penilaian prestasi berdasarkan PBPPP

2. TIADA MANA-MANA FAIL DICADANGKAN OLEH PIHAK KPM DARIPADA
KEDUA-DUANYA
( jika telah disediakan oleh guru, ia dianggap KREATIVITI dan INOVASI, selain memudahkan penilaian oleh Pegawai Penilai di sekolah)

3. PENILAIAN PBPPP AKAN DILAKSANAKAN KEPADA SEMUA GURU
MENGIKUT INSTRUMENT YANG DITETAPKAN
. e-PERSTASI pula adalah sistem yang digunakan untuk penilaian ini.

*************

Isu yang melanda guru kini ialah masalah penyediaan Fail. (fail ini sebenarnya bukan arahan dari pihak KPM).. Namun begitu, penyediaan fail ini boleh memudahkan penilaian Pegawai Penilai 1 - 2 serta menjadikan tugas guru lebih tersusun dan sistematik.

Walaupun, KPM tidak mengarahkan penyediaan mana-mana fail berkaitan PPPB dan PBPPP ini, saya sendiri telah menyiapkannya dengan tujuan simpanan hasil kerja yang lebih sistematik.

Sebagai perkongsian ilmu, saya amat menggalakkan cikgu-cikgu di luar sana, kunjungilah FACEBOOK PUAN RUSLINA YUNUS dan ENCIK KAMARUZZAMAN untuk menambah ilmu berkaitan PBPPP dan PPPB selain pembacaan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Terima kasih.


# hasil perbincangan santai bersama BPPK

***********************
sumber : https://smg.moe.gov.my/10/manual.html
Taklimat PBPPP kepada Guru



Ringkasan buku PPPB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...