TITIPAN CIKGU NORLIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya hanyalah seorang hamba Allah swt yang sering melakukan kesilapan, tetapi sangat bersungguh membangunkan blog ini untuk mengumpul pelbagai koleksi bahan kegunaan diri saya sendiri dan Perkongsian Ilmu sahaja.

Mohon jutaan kemaafan jika kandungan dalam blog ini tidak lengkap, tidak memenuhi kehendak pengguna, menyukarkan serta merugikan sesiapa sehingga mengalami gangguan emosi.

Walaubagaimanapun, bahan di sini ada yang percuma serta dan ada juga yang berbayar kerana ia juga melibatkan kos-kos seperti kos upah, bil elektrik, telefon dan internet. Mohon dihalalkan dan doakan saya sihat sejahtera agar dapat menyumbang bahan yang berkualiti dan boleh dikongsikan bersama.


Pastikan kita mendapatkan keberkatan ilmu dan tidak dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti.

Hubungi saya melalui email sahaja.
norliza.jais@yes.my

February 07, 2015

Mesyuarat PIBG kali ke 42, tahun 2015

Dirasmikan oleh Dato' Dr. Haji Karim bin Mansor DPMS, ASA, PJK

February 04, 2015

VLE dalam Makmal Komputer 2 3KAA

21st century learning



21st century learning

Pembudayaan vle dalam kelas 3A.. Hari ini 16 daripada 20 orang murid hadir ke bengkel. Saya menunjuk cara penggunaan vle utk kelas 3A. Melaluinya, murid akan cuba membuat latih tubi dalam site KHB-PK 3A.
Buat murid 3A, cikgu ucapkan semoga berjaya.

February 02, 2015

3C Kelas pertama menggunakan VLE - FROG

Minggu 5 (4 minggu persekolahan), telah selesai tajuk rekacipta dan hanya tinggal penilaian band 3 / 4 / 5 / 6.
Kelas pertama minggu ini iaitu kelas 3C mendahului dengan membuat latihan VLE. Kehadiran hanya 13 dari 17 org murid. Nampak menyeronokkan, tapi ramai rupanya yang kena aktifkan semula vle masing-masing setelah setahun tidak membukanya.
Diharap pada kelas akan datang suasana pembelajaran vle lebih mudah dan menyeronokkan.
3C, jangan putus asa. Cikgu selalu ada untuk bantu kalian berjaya mengharungi pt3 dan pbs tahun ini.
:-)

Majlis penyampaian watikah pengawas sekolah tahun 2015

Dirasmikan oleh Inspektor Erman Feissal bin Amran (Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Kuala Langat)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...