TITIPAN CIKGU NORLIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya hanyalah seorang hamba Allah swt yang sering melakukan kesilapan, tetapi sangat bersungguh membangunkan blog ini untuk mengumpul pelbagai koleksi bahan kegunaan diri saya sendiri dan Perkongsian Ilmu sahaja.

Mohon jutaan kemaafan jika kandungan dalam blog ini tidak lengkap, tidak memenuhi kehendak pengguna, menyukarkan serta merugikan sesiapa sehingga mengalami gangguan emosi.

Walaubagaimanapun, bahan di sini ada yang percuma serta dan ada juga yang berbayar kerana ia juga melibatkan kos-kos seperti kos upah, bil elektrik, telefon dan internet. Mohon dihalalkan dan doakan saya sihat sejahtera agar dapat menyumbang bahan yang berkualiti dan boleh dikongsikan bersama.


Pastikan kita mendapatkan keberkatan ilmu dan tidak dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti.

Hubungi saya melalui email sahaja.
norliza.jais@yes.my

January 30, 2015

Modul murid...

Mood menanda modul murid sambil menonton maharaja lawak mega....:-)→→→

January 29, 2015

Program Pemuafakatan Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuala Langat Bersama ILKA dan IPTA

Hari ini majlisnya, khamis 29.1.2015. Persediaan sejak hari selasa. Bertugas sebagai AJK hiasan dewan dan pentas.
Esok jumaat hari mengemas




January 12, 2015

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU 1 DAN 2 TAHUN 2015

MINGGU 1 - 05.01.2015 HINGGA 09.01.2015
CATATAN : PENANGGUHAN PERSEKOLAHAN AKIBAT BANJIR

MINGGU 2 -12.01.2015 HINGGA 16.01.2015

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
12/01/2015, Isnin

KEMAHIRAN HIDUP (PERDAGANGAN) - 3 C

Waktu :
Topik : REKACIPTA
Terperinci : AKTIVITI PEMBELAJARAN :
a. Pengenalpastian masalah
Aras 1
• Mengenal pasti masalah
• Mengumpul maklumat dan data
• Menganalisis maklumat
• Menyenaraikan pebagai idea penyelesaian masalah

AKTIVITI PEMBELAJARAN :
1. Murid melengkapkan modul pembelajaran KHB-PK muka surat 1
2. Menyediakan folio REKACIPTA : REKAAN SAYA
i- Pengenalpastian masalah
ii- Mengumpul maklumat dan data
iii- Menyenaraikan idea penyelesaian melalui lakaran berlabel.

PBS (Merujuk PPPM) :
-

BAHAN BANTU BELAJAR :
1. Modul Pembelajaran KHB
2. Buku Folio dan Latihan.
Kerja Rumah : Melengkapkan Buku Folio. REKAAN SAYA
Refleksi :
Komen :
Diluluskan

January 11, 2015

Grilled chicken chop

Bahannya ;
6 ketul ayam bahagian peha.
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 inci halia ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
Caranya ; gaul semua dan perap 1 jam.
Masak dengan api perlahan
Cuba lah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...