TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

October 09, 2012

PEPERIKSAAN PMR 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari ini Selasa, 9 Oktober 2012 bermula peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi murid tingkatan 3 tahun 2012. Di kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan tenang dan sabar. Peperiksaan ini merupakan satu langkah untuk mengukur prestasi pencapaian murid sepanjang pembelajaran dari tingkatan 1 hingga 3. Namun begitu, satu lagi perkara yang perlu dipikul murid itu sendiri ialah tanggungjawab kepada ibu bapa, guru serta sekolah yang sangat mengharapkan pencapaian cemerlang daripada murid-murid ini.

Besar sungguh pengorbanan yang perlu murid ini lakukan, bayangkan jika seorang murid mengambil 10 mata pelajaran dan membuat ulangkaji dari tingkatan 1 hingga  3. Tentu agak membebankan. Tapi, murid-murid janganlah risau dan rasa tertekan.. Tentunya pelbagai motivasi, teknik dan nasihat telahpun diberikan sejak dari awal lagi dengan tujuan untuk mengatasi rasa tekanan dalam kalangan kalian. Gunakanlah teknik tersebut dengan bijak agar peperiksaan yang akan dilalui ini dapat di atasi dengan sebaiknya.

Akhirnya, cikgu sendiri dan pastinya ibu bapa serta guru-guru sentiasa mendoakan kecemerlangan dalam apa jua yang akan ditempuhi oleh anak didik sekalian. Selamat menduduki peperiksaan PMR dan mendapat kejayaan yang diimpikan..

Terima kasih..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...