TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

May 04, 2012

Penderaan Emosi

Pada hari 4/5/2012.. telah diadakan Kejohanan Merentas Desa di sekolah saya. Saya bertugas di Check Point D iaitu berdekatan dengan Jalan Besar menuju ke pekan Banting.. Rumah sukan yang menjadi Johan pada tahun ini, biasalah.. Rumah Raja Lumu.. 

Sebenarnya bukan ini yang hendak saya ceritakan, hanya sekadar intro sahaja. Sudah saya katakan, blog ini hanyalah sekadar mengisi masa lapang dan tidak pernah sedikitpun saya berniat untuk mempupularkan diri sendiri, cuma ingin berkongsi pengetahuan dan maklumat serta mencari sedikit pendapatan sampingan melalui iklan pada blog ini dan jualan Modul Santai Minda yang telah saya tulis sejak 2009.(Jika diizinkan Allah swt)

Tetapi, beberapa hari kebelakangan ini, saya benar-benar mengalami penderaan emosi akibat dari kecuaian diri saya sendiri. Seorang cikgu telah menghantar email kepada saya dan menyatakan rasa kekesalan kerana saya telah copy bahan dari web kemahiran hidup beliau seterusnya telah menyebabkan blog ini popular. Secara kebetulan, post tersebut juga mendapat "popular post" berbanding post/entri yang lain... Ditambah lagi.. dalam setiap entri terdapat iklan Nuffnang yang menjana sedikit keuntungan kepada saya. Untuk pengetahuan semua, percaya atau tidak..pendapatan Nuffnang saya dari bulan Januari hingga Mei ini belum mencecah RM50.00 pun. Adakah berbaloi untuk saya rasa penderaan emosi sebegini rupa hanya kerana keuntungan tersebut?

Buat cikgu di sana, saya tidak kenal pun cikgu atau sesiapa sahaja yang singgah ke blog ini. Secara ikhlasnya, saya memohon maaf secara terbuka kepada semua yang berkenaan sekiranya blog ini mendatangkan kerugian kepada sesiapa sahaja.

Buat anak murid cikgu..cikgu ingin berpesan..

"Menjalani kehidupan bukannya semudah yang difikirkan atau dapat dibayangkan di minda kita. Hakikatnya, kehidupan ini bukanlah suatu bayangan.

Kehidupan adalah bagaimana kita menyediakan diri untuk mengharunginya. Ianya penuh liku, namun sebaliknya adalah kemanisan.

Itulah tugas hidup di dunia ini. Islam menjadi panduan, akal menjadi sempadan kemuliaan dan kehinaan. Berusahalah agar kita tidak terperangkap dan terpedaya dengan keasyikan dunia yang melemahkan."

Prakata
Prof Dr Muhaya Mohamad
Buku BAHAGIA & MEMBAHAGIAKAN
Kaedah Transformasi Minda

* Hadiah dari seorang sahabat
Noor Ezane bt Nodin

Terima Kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...