TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

July 11, 2011

Apa nak buat...

Petang-petang sebelum masak, best jugak bila melayan blog ni.. segala perkara ingin dicoretkan supaya jadi kenang-kenangan...

Hari ni pergi membuat pemantauan PBS bagi mata pelajaran KHB-ERT di SMK Tanjung Sepat. Seronok juga pg ke sana , melayan radio, tengok laut... baru sampai sekolah.. Pemantauan PBS dilaksanakan dengan baik sekali. Bila dapat pergi ke sekolah orang lain ni, kelebihannya dapat tengok suasana sekolah orang lain, keadaan bengkel dan mungkin boleh ditiru jika ia sesuatu yang baik.. Kesimpulannya, buat pemantauan di sekolah lain memang best.//

Disebabkan pemantauan berjalan dengan lancar, hati pun rasa senang sikit, jadi pergilah ke sekolah sendiri sekejap.. Ingatkan nak balik terus, tapi rasa macam ada perkara nak dibuat.. Kesian pulak tengok anak-anak murid ramai-ramai duduk kat tangga sambil memegang kertas latihan yang saya berikan pagi tadi...

Rupa-rupaya budak-budak ni disuruh  keluar dari kelas...entah nak pergi k emana.. Sebenarnya, bila waktu kemahiran hidup, memang ada dua cikgu dalam satu masa.. Jika salah seorang cikgu tiada, maka cikgu yang satu lagi tu sepatutnya mengawal keseluruhan kelas. Ataupun salah satu cara, guru boleh pergi ke bengkel yang kosong dan mengajar di situ..  

Entahlah... disebabkan rasa tak sampai hati pada murid tersebut, saya pun masuk ke bengkel membawa murid tersebut. Bayangkanlah jika saya tidak ke sekolah pada waktu itu, ke mana agaknya murid-murid saya ni merayau!

:(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...