TITIPAN CIKGU NORLIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya hanyalah seorang hamba Allah swt yang sering melakukan kesilapan, tetapi sangat bersungguh membangunkan blog ini untuk mengumpul pelbagai koleksi bahan kegunaan diri saya sendiri dan Perkongsian Ilmu sahaja.

Mohon jutaan kemaafan jika kandungan dalam blog ini tidak lengkap, tidak memenuhi kehendak pengguna, menyukarkan serta merugikan sesiapa sehingga mengalami gangguan emosi.

Walaubagaimanapun, bahan di sini ada yang percuma serta dan ada juga yang berbayar kerana ia juga melibatkan kos-kos seperti kos upah, bil elektrik, telefon dan internet. Mohon dihalalkan dan doakan saya sihat sejahtera agar dapat menyumbang bahan yang berkualiti dan boleh dikongsikan bersama.


Pastikan kita mendapatkan keberkatan ilmu dan tidak dipersoalkan di hadapan Allah di Padang Mahsyar nanti.

Hubungi saya melalui email sahaja.
norliza.jais@yes.my

September 25, 2010

terima kasih..

Terima Kasih kepada guru-guru yang telah membuat pembelian santai minda. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu adalah kesilapan diri saya sendiri.

Sebarang komen amat dialu-alukan dan semoga segala kekurangan dapat diperbaiki pada masa akan datang. Jawapan bagi pilihan KHB-ERT tingkatan 3 ada kesilapan cetakan dan akan diperbetulkan dalam masa terdekat. Guru yang telah membuat pembelian bagi buku ini akan dihubungi dengan segera. Maaf sekali lagi dan terima kasih.

cikgu norliza jais..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...