TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

June 19, 2009

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Bekerja sendiri mungkin adalah pekerjaan terbaik di dunia. Tapi lagi terrrbaekkk kalau dapat jana automated income. Cubalah SAP, boleh ikut kemampuan, tiada paksaan... :)


******* 
Pada hari Khamis, 18 Jun 2009, telah dijalankan PBS di sekolah saya. Saya rasa agak terkejut dan terkilan kepada pentaksiran yang dijalankan pada tahun ini yang dijalankan terlalu awal dari tempoh yang sepatutnya. Memandangkan rombongan Pentaksir Kawasan telah datang, maka saya terpaksa juga akur dengan kehendak mereka.

Pada mulanya, saya dimaklumkan yang kumpulan pentaksiran ini hanyalah datang untuk memantau fail induk dan fail pengurusan PBS sahaja. Tapi alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu yang mereka semua juga dikehendaki mentaksir Modul 4 (kerja kursus yang perlu dilakukan oleh pelajar Tingkatan 3). Bayangkanlah, dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak bersedia (kerja-kerja pelajar memang telah siap, hanya perlu dimasukkan ke dalam fail pelajar sahaja) saya dikehendaki memilih 10 projek pelajar dan diberikan kepada mereka untuk ditaksir.

Sepanjang pengalaman dalam perkhidmatan saya sebagai guru, memang saya selalu bersedia lebih awal jika telah dimaklumkan. Apabila rombongan pentaksiran datang tanpa diberitahu apatahlagi tiada surat arahan rasmi, pasti banyak perkara akan jadi tidak sempurna. Betul apa jangkaan saya, beberapa pelajar dipanggil semula oleh pentaksir kawasan untuk memperbaiki kerja mereka. Mujurlah pelajar ini masih diberi peluang...

Pentaksir Kawasan pun menyemak dokumen satu persatu. Saya yang mengajar KHB-ERT dan KHB-PK tingkatan 3 perlu melayan kedua-dua orang pentaksir kawasan ini dalam masa yang sama. Apa yang menjadi persoalannya, kedua-dua pentaksir ini memang sangat teliti sehinggakan setiap jalan kerja dalam pengiraan kos diteliti dan dikira semula untuk memastikan semua semakan yang dilaksanakan oleh guru adalah betul. Tahniah, memang nampak agak cerewet.

Saya menunggu pentaksiran ini hampir 4 jam, dan akhirnya selesai. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. PBS ini memang agak membebankan. Jika pelajar yang diajar mempunyai kesedaran tentang kepentingan kerja kursus ini, guru beruntung. Jika pelajar buat tak endah arahan guru dan sentiasa perlu diberitahu, guru jadi haru biru. Itulah hakikatnya.

Alhamdulillah, kerja saya berkaitan PBS 2009 hampir selesai. Hanya perlu menyusun semula fail pelajar dan mengisi markah pada bulan Julai atau Ogos nanti.
Tapi, mereka akan datang lagi bulan September nanti untuk melihat Modul 1 hingga 3 yang dijalankan oleh pelajar tingkatan 1 dan 2 pula.


Semoga Pentaksir Kawasan ini belajar memahami keadaan guru dan pelajar dengan lebih mendalam lagi. Bukan semua guru bertuah mendapat anak murid yang cemerlang, dengan tulisan yang kemas dan cantik, serta produk yang sempurna. Nilailah mereka mengikut kebolehan yang mereka ada. Hanya guru yang mengajar lebih memahami...fikirkanlah.

Untuk guru-guru, sediakan fail induk dan fail pengurusan dengan sempurna mengikut kehendak PBS.

:0

3 comments:

Pok-Din Inc said...

kelam kabut sgt ke kak.??
nape pentaksir tu dtg tanpa diundang.. hehe..
.
kalo ye pon dtg..btau la.~

Norliza said...

ye la.. asalnya cuma nak memantau fail induk je. Tgk2 diorang nak mentaksir terus. sepatutnya bulan julai atau ogos nanti. terima kasih lah pada nurhayati yang membantu memilih 10 fail individu untuk khb-pk.

:)

Pok-Din Inc said...

cik nurhayati mmg rajin..
hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...