TITIPAN CIKGU NORLIZA

..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ..... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.... بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ...

SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA BLOG GALERI CIKGU NORLIZA, SILA LAH KLIK PAPARAN ADS/IKLAN YANG ADA DI BLOG INI. KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. Hubungi saya melalui email sahaja. -----------> norliza.jais2@gmail.com

August 07, 2008

Pakaian

PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN 1

LANGKAH 1
Mengenali Bentuk Muka
  • Tidak semua wanita mempunyai bentuk wajah seperti Lady Diana atau Siti Nurhaliza. Ia boleh diilusikan dengan potongan rambut juga potongan garis leher. Adakalanya kolar boleh memanjangkan muka yang bulat atau memendekkan leher jinjang.

  • Garisan leher dan kolar terletak di pusat fokus pada wajah. Anda harus megetahui bentuk wajah anda sendiri bagi membantu mereka pakaian. Ilusi berikut mungkin membantu menyelesaikan masalah anda.
Garisan Leher dan Bentuk Muka
  1. Garisan leher dan kolar memberikan ilusi pada mata kasar untuk wajah yang bujur, bulat, bersegi dan tajam.
  2. Wajah bentuk bulat sesuai memakai garisan bentuk U supaya ia nampak memanjang.

  3. Wajah bentuk bujur sesuai untuk jenis fesyen seolah-olah ia bentuk sempurna.
  4. Wajah bentuk tajam dan memanjang sesuai dengan leher pendek dan bulat hanya pada kawasan leher sahaja. Jangan terlalu terdedah kerana ia akan memanjangkan lagi bentuk wajah.

  5. Wajah bentuk bersegi sesuai dengan garisan leher V untuk ia lebih tajam dan panjang.

  6. Leher pendek tidak sesuai menggunakan garis leher high mandarin.

  7. Leher panjang pula amat sesuai menggunakan kolar tinggi dan mandarin.

  8. Wajah bulat, lebar dan leher pendek boleh menggunakan garisan leher seperti boat, segi empat dan bentuk V memanjang.

    Cuba anda lihat di cermin, ikat rambut ke belakang dan kenalpasti yang mana satukah wajah anda....

Heart (hati)

Oblong (bujur panjang)

Pear (buah pear)

Diamond (intan/berlian)

Ikuti siri pembelajaran cara membuat pakaian yang seterusnya pada waktu yang lain...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...